Aku tak pasti apakah pendapat kalian semua? Tapi yang aku pasti ialah sebuah "phamplet" atau iklan yang dilekatkan pada dinding2 di sebuah lorong antara HSBC dan RBS Bank di Beach Street, Penang sesungguhnya mengelirukan aku. Aku tak ada handphone yang berkamera, tetapi detailnya boleh aku berikan seperti berikut :-
PUBLIC TALK
Title : The End of The World and The Return of Christ
by: Dr Abu Ameenah Bilal Philips
(Jamaican Canadian Islamic Scholar who was born in a Christian family but convertered to Islam in the early seventies from Commonism)
Date : 28th December 2011
(Wednesday)
Time : 9.00 PM
Venue: DKG 31, School of Mathematics, USM Penang.
Brought to you by IPSI, Pusat Islam USM and IOU
Macam itulah lebihkurang isi kandungan phamplet tersebut. Apa yang aku kisah ialah penggunaan nama CHRIST dalam tajuk ceramah tersebut. Bukankah ianya amat mengelirukan, mungkin pihak penceramah ingin menyampaikan ceramah yang berkaitan "Kebangkitan Nabi Isa A.S semasa dunia hampir kiamat". Tujuan bermaksud ilmiah ini amatlah baik, tetapi alangkah lebih baik sekiranya tajuk berkenaan ditulis begini "The End of The World and The Return of Prophet Isa A.S"
Apa yang aku tahu dan faham tiada perkataan "Christ" dalam Al Quran dan mana2 kitab agama Islam. Yang ada adalah Nabi Isa A.S. Perkataan "Christ" itu setahu aku hanyalah dalam Bible Agama Kristian. Bukankah dengan penggunaan perkataan yang sama seperti dalam bible itu seperti mengiyakan bahawa 'Christ" yang dimaksudkan dalam bible mereka itu adalah sama dengan Nabi Isa A.S dalam kitab Al Quran kita. Walhal apa yang setahu aku ianya adalah berlainan samasekali. Ini mungkin akan mengelirukan orangramai yang jahil juga kanak2 atau remaja. umat Islam Jika nanti datang satu kumpulan mengatakan bahawa "Christ" yang mereka maksudkan itu adalah sama dengan Nabi Isa A.S maka jangan terkejut atau kalut pulak kita bila mereka katakan kitab mereka adalah sama dengan Al Quran umat Islam. Pendekatan yang digunapakai menterjemahkan nama2 nabi dan rasul umat Islam ke bahasa selain bahasa Al Quran iaitu Arab hendaklah dielakkan. Apa yang aku perhatikan jika bahasa manapun dipakai untuk berkata, bila nama nabi dan rasul disebut, pasti nama dalam Al Quran digunakan. (Selalu terlena bila dengar khutbah Jumaat di Mesjid Kapitan Keling - bilamana khatib berkhutbah dalam bahasa Tamil sebab aku tak paham. Tetapi bila mana menyebut nama2 nabi atau rasul pastinya nama asli dalam Al Quran digunapakai bukannya terjemahan seperti Nabi Musa disebut oleh mereka Moses, Nabi Daud sebagai David juga Nabi Isa sebagai Jesus/Christ. Jika sebelum ini kita bertikam lidah dan berdebat berkaitan penggunaan nama Allah dalam kitab bible maka perkara ini juga hendaklah diambil perhatian. Kerana AKU KISAH LAH aku lontarkan perkara ini. Wallahualam....