Mereka Yang Turut Kisah

20/12/2011

Tersasar Dari Matlamat

Beberapa hari ini agak bising dalam blog dan surat khabar berkaitan sekumpulan mahasiswa yang berdemontrasi di perkarangan PWTC meminta pihak kerajaan memansuhkan AUKU iaitu Akta Universiti. Mereka berkata akta itu umpama satu sekatan untuk mereka yang belajar di universiti2 di Malaysia.

Hairan juga dengan keletah mahasiswa ini, adakah akta tersebut benar2 menyekat mereka untuk menimba ilmu di pusat2 pengajian tinggi atau ada agenda lain. Bagi aku yang telah bergraduasi dari universiti tempatan ini, tak pernah lah pula merasakan terikat atau dikongkong dengan akta tersebut. Elok aje aku belajar dan tamat.

Aku fikir mereka ini sebenarnya bukanlah hendak belajar sangat kot? Kalu nak jadi champion rasanya bukan di situ tempatnya. Aku masih ingat semasa pertama kali menjejak kaki ke universiti, makbapak aku pesan BELAJAR RAJIN2, JAGA KELAKUAN, JAGA MARUAH DIRI DAN KELUARGA dan macam2 lagi lah. Memang waktu itu matlamat nak masuk universiti adalah untuk menimba ilmu dan memperbaiki taraf hidup keluarga aku. Maka belajarlah aku dengan rajinnya sehingga menggenggam segulung ijazah walaupun semasa belajar itu ada juga lah nakal2 sikit perangai aku.

Tapi sekarang berbeza, selalu terbaca atau kedengaran mahasiswa berkempen dan berdemontrasi. Itu tak kena ini tak betul mereka kata. Adakah mereka ini semakin matang dari aku dahulu atau matlamat untuk belajar di universiti telah dipelbagaikan? Setahu aku matlamat untuk belajar ke universiti masih sama dari dulu.

Aku fikir eloklah mereka2 yang telah tersasar dari matlamat tu perbetulkan niat sebenar belajar di universiti itu. Gapai segala impian dan harapan keluarga yang ingin lihat kita berjaya, kemudia barulah fikir untuk orang lain. Janganlah harapkan orang lain berfikir untuk menambahbaik diri dan keluarga kita. Biarlah kita yang membinanya.

Pesan aku kepada mereka2 yang buat hal ini, cuba bayangkan muka makbapak dahulu sebelum nak buat hal, mesti kau orang akan tak tergamak nak memalukan mereka. Jika tidak ini bermaksud memang kau orang tak pedulikan harapan makbapak. Fikir2kan lah sebab itulah aku kisah........