Mereka Yang Turut Kisah

26/12/2011

Adakah Nabi Isa A.S dengan "Christ" sama?

Aku tak pasti apakah pendapat kalian semua? Tapi yang aku pasti ialah sebuah "phamplet" atau iklan yang dilekatkan pada dinding2 di sebuah lorong antara HSBC dan RBS Bank di Beach Street, Penang sesungguhnya mengelirukan aku. Aku tak ada handphone yang berkamera, tetapi detailnya boleh aku berikan seperti berikut :-

PUBLIC TALK
Title : The End of The World and The Return of Christ

by: Dr Abu Ameenah Bilal Philips
(Jamaican Canadian Islamic Scholar who was born in a Christian family but convertered to Islam in the early seventies from Commonism)

Date : 28th December 2011
(Wednesday)
Time : 9.00 PM
Venue: DKG 31, School of Mathematics, USM Penang.

Brought to you by IPSI, Pusat Islam USM and IOU


Macam itulah lebihkurang isi kandungan phamplet tersebut. Apa yang aku kisah ialah penggunaan nama CHRIST dalam tajuk ceramah tersebut. Bukankah ianya amat mengelirukan, mungkin pihak penceramah ingin menyampaikan ceramah yang berkaitan "Kebangkitan Nabi Isa A.S semasa dunia hampir kiamat". Tujuan bermaksud ilmiah ini amatlah baik, tetapi alangkah lebih baik sekiranya tajuk berkenaan ditulis begini "The End of The World and The Return of Prophet Isa A.S"

Apa yang aku tahu dan faham tiada perkataan "Christ" dalam Al Quran dan mana2 kitab agama Islam. Yang ada adalah Nabi Isa A.S. Perkataan "Christ" itu setahu aku hanyalah dalam Bible Agama Kristian. Bukankah dengan penggunaan perkataan yang sama seperti dalam bible itu seperti mengiyakan bahawa 'Christ" yang dimaksudkan dalam bible mereka itu adalah sama dengan Nabi Isa A.S dalam kitab Al Quran kita. Walhal apa yang setahu aku ianya adalah berlainan samasekali. Ini mungkin akan mengelirukan orangramai yang jahil juga kanak2 atau remaja. umat Islam Jika nanti datang satu kumpulan mengatakan bahawa "Christ" yang mereka maksudkan itu adalah sama dengan Nabi Isa A.S maka jangan terkejut atau kalut pulak kita bila mereka katakan kitab mereka adalah sama dengan Al Quran umat Islam. Pendekatan yang digunapakai menterjemahkan nama2 nabi dan rasul umat Islam ke bahasa selain bahasa Al Quran iaitu Arab hendaklah dielakkan. Apa yang aku perhatikan jika bahasa manapun dipakai untuk berkata, bila nama nabi dan rasul disebut, pasti nama dalam Al Quran digunakan. (Selalu terlena bila dengar khutbah Jumaat di Mesjid Kapitan Keling - bilamana khatib berkhutbah dalam bahasa Tamil sebab aku tak paham. Tetapi bila mana menyebut nama2 nabi atau rasul pastinya nama asli dalam Al Quran digunapakai bukannya terjemahan seperti Nabi Musa disebut oleh mereka Moses, Nabi Daud sebagai David juga Nabi Isa sebagai Jesus/Christ. Jika sebelum ini kita bertikam lidah dan berdebat berkaitan penggunaan nama Allah dalam kitab bible maka perkara ini juga hendaklah diambil perhatian. Kerana AKU KISAH LAH aku lontarkan perkara ini. Wallahualam....

20/12/2011

Tersasar Dari Matlamat

Beberapa hari ini agak bising dalam blog dan surat khabar berkaitan sekumpulan mahasiswa yang berdemontrasi di perkarangan PWTC meminta pihak kerajaan memansuhkan AUKU iaitu Akta Universiti. Mereka berkata akta itu umpama satu sekatan untuk mereka yang belajar di universiti2 di Malaysia.

Hairan juga dengan keletah mahasiswa ini, adakah akta tersebut benar2 menyekat mereka untuk menimba ilmu di pusat2 pengajian tinggi atau ada agenda lain. Bagi aku yang telah bergraduasi dari universiti tempatan ini, tak pernah lah pula merasakan terikat atau dikongkong dengan akta tersebut. Elok aje aku belajar dan tamat.

Aku fikir mereka ini sebenarnya bukanlah hendak belajar sangat kot? Kalu nak jadi champion rasanya bukan di situ tempatnya. Aku masih ingat semasa pertama kali menjejak kaki ke universiti, makbapak aku pesan BELAJAR RAJIN2, JAGA KELAKUAN, JAGA MARUAH DIRI DAN KELUARGA dan macam2 lagi lah. Memang waktu itu matlamat nak masuk universiti adalah untuk menimba ilmu dan memperbaiki taraf hidup keluarga aku. Maka belajarlah aku dengan rajinnya sehingga menggenggam segulung ijazah walaupun semasa belajar itu ada juga lah nakal2 sikit perangai aku.

Tapi sekarang berbeza, selalu terbaca atau kedengaran mahasiswa berkempen dan berdemontrasi. Itu tak kena ini tak betul mereka kata. Adakah mereka ini semakin matang dari aku dahulu atau matlamat untuk belajar di universiti telah dipelbagaikan? Setahu aku matlamat untuk belajar ke universiti masih sama dari dulu.

Aku fikir eloklah mereka2 yang telah tersasar dari matlamat tu perbetulkan niat sebenar belajar di universiti itu. Gapai segala impian dan harapan keluarga yang ingin lihat kita berjaya, kemudia barulah fikir untuk orang lain. Janganlah harapkan orang lain berfikir untuk menambahbaik diri dan keluarga kita. Biarlah kita yang membinanya.

Pesan aku kepada mereka2 yang buat hal ini, cuba bayangkan muka makbapak dahulu sebelum nak buat hal, mesti kau orang akan tak tergamak nak memalukan mereka. Jika tidak ini bermaksud memang kau orang tak pedulikan harapan makbapak. Fikir2kan lah sebab itulah aku kisah........